BEIJING, 29 Ogos — Kementerian Pengangkutan China akan terus menyokong usaha pembangunan kereta tenaga baharu dan penggunaan kereta pintar, menurut kenyataan dikeluarkan sempena penutup Persidangan Kenderaan Tenaga Baharu Dunia (WNEVC) 2022 pada Ahad.

Kementerian itu turut memaklumkan kerajaan China juga akan mengeluarkan dasar subsidi untuk operasi kereta tenaga baharu dalam sektor awam.

Langkah itu diumumkan susulan pelaksanaan Rancangan Pengangkutan Hijau Lima Tahun Ke-14, menyelidik dan merangka pelan tindakan untuk pembangunan pengangkutan hijau serta rendah karbon, selain meneroka aplikasi mekanisme pasaran pelepasan karbon.

Ketua Pengarah Keselamatan Kementerian Pengangkutan, Li Guoping berkata China akan berusaha untuk mendorong penggunaan kereta tenaga baharu sehingga peratusan bagi bidang pengangkutan awam bandar, teksi dan industri logistik masing-masing mencapai 72 peratus, 35 peratus dan 20 peratus menjelang akhir 2025.

“Kementerian Pengangkutan China akan mendorong penyelidikan dan pembangunan teknologi baharu untuk pengangkutan hijau dan pengangkutan pintar, supaya menyediakan jaminan saintifik serta teknologi kepada industri itu.

“Pada masa sama, China akan mempercepat penggubalan piawaian teknikal dalam sektor kereta pintar dan pemanduan automatik untuk menjamin pembangunan industri yang teratur,” kata Li.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here