BEIJING, 30 Ogos – Seramai 150 penuntut Malaysia kembali ke China untuk melanjutkan pengajian masing-masing pada pertengahan Ogos.

Menurut Duta Besar Malaysia ke China, Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin, majoriti merupakan pelajar di universiti-universiti yang terletak di Shangshai serta bandar-bandar sekitar.

Beliau berkata, pihaknya gembira melihat situasi itu dan ia disifatkan sebagai perkembangan yang amat positif, selain turut menyambut baik usaha Kedutaan Besar China di Kuala Lumpur memulihkan proses pengesahan visa bagi pelajar Malaysia.

Nushirwan berharap dengan pemulihan proses berkenaan, lebih ramai pelajar dari Malaysia dapat kembali ke China.

Beliau berkata demikian kepada Kumpulan Media China (CMG), di sini, baru-baru ini.

Untuk rekod, sebelum tercetusnya wabak COVID-19, terdapat sekitar lapan ribu hingga sembilan ribu pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian peringkat tertigggi di pelbagai unversiti di negara itu.

Pada minggu lalu, Kedutaan Besar China di Singapura, Thailand, Myanmar dan beberapa negara lain turut memulihkan pengesahan visa bagi memudahkan para pelajar menyambung kembali pengajian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here