NANNING, 8 Sept — Pemerkasaan kerjasama dalam bidang komunikasi dapat membantu memperkukuh program pertukaran dan persefahaman dalam kalangan masyarakat China dan ASEAN, menurut Forum Komunikasi Audio Video ASEAN-China 2022 diadakan di sini pada Rabu.

Pada forum itu sebanyak 10 perjanjian dimeterai meliputi pelbagai aspek secara dalam dan luar talian.

Antara aspek kerjasama utama yang termaktub dalam perjanjian China dan ASEAN termasuk program jualan rentas sempadan secara penstriman langsung, penggambaran filem dan televisyen serta penyiaran dan pengedaran drama TV, siri animasi dan rancangan hiburan di rantau ASEAN.

Semua aspek kerjasama itu akan dilaksanakan dengan baik ke arah memupuk persefahaman lebih kukuh antara masyarakat berlainan budaya dan negara.

Satu laporan mengenai perkembangan bidang komunikasi antarabangsa audio video di China dan ASEAN selama sedekad turut dikeluarkan pada forum berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here