NEW YORK, 6 Okt — Dialog dan perundingan menjadi satu-satunya jalan penyelesaian bagi isu Semenanjung Korea, kata Timbalan Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Geng Shuang.

Majlis Keselamatan PBB mengadakan sidang terbuka pada Rabu susulan pelancaran peluru berpandu balistik jarak sederhana oleh Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK).

Geng ketika berucap pada mesyuarat itu berkata China maklum mengenai perkara itu dan latihan ketenteraan bersama yang kerap dijalankan sesetengah pihak termasuk negara Barat di kawasan serantau mutakhir ini.

Beliau berkata amalan latihan ketenteraan itu yang bertujuan untuk memperkukuh hubungan dengan sekutu masing-masing di rantau Asia Pasifik boleh menyumbang kepada peningkatan risiko konfrontasi ketenteraan.

“Pengalaman dari sejarah memperlihatkan bahawa dialog dan perundingan merupakan satu-satunya jalan keluar bagi isu Semenanjung Korea.

“Sekiranya dialog berjalan lancar situasi semenanjung itu akan menjadi stabil manakala jika dialog terbantut situasinya akan meruncing,” kata Geng.

Beliau turut menggesa negara Barat menunjukkan keikhlasan menerusi tindakan praktikal sebagai  syarat kondusif untuk memulihkan dialog.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here