ARAU, 29 Okt — Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid berkenan menerima sembah menghadap Komander Askar Wataniah Siri 500 sempena Sidang Komander Askar Wataniah (SKAW) bermula semalam sehingga Ahad (30 Okt).

Antara tetamu diraja yang berangkat menghadap adalah Raja Muda Kedah Brigedier Jeneral Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin (Komander Rejimen 513 AW), Tunku Besar Seri Menanti Negeri Sembilan Brigedier Jeneral Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz (Komander Rejimen 508 AW), Tengku Seri Temenggong Raja Terengganu Brigedier Jeneral Dato’ Seri Tengku Baharuddin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah (Komander (Rejimen 512 AW) dan Tengku Panglima Raja Pahang Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (Komander Rejimen 505 AW).

Baginda berdua turut meraikan kesemua tetamu jemputan pada Majlis Santapan Diraja di Balai Bankuasi Istana Arau malam tadi.

Turut berangkat anakanda-anakanda Tuanku Raja Muda Perlis iaitu Sharifah Khatreena Nuraniah, Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Persidangan tersebut dipengerusikan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat Malaysia Leftenan Jeneral Datuk Seri Mohammad Ab Rahman. 

SKAW Siri ke 33/2022 ini dikoordinasikan dan diterajui Komander Rejimen 504 Askar Wataniah iaitu Raja Muda Perlis Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here