BEIJING, 3 Nov — Puluhan negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyokong pendirian China sekali gus memperlihatkan nilai keadilan dan keseramataan masih terpelihara, kata jurucakap Kementerian Luar Zhao Lijian.

Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap pendirian masyarakat antarabangsa khususnya negara membangun menolak tindakan segelintir pihak yang sengaja mempolitikkan isu hak asasi.

Dilaporkan lebih 60 negara menerusi satu kenyataan bersama menyuarakan sokongan ke atas pendirian Beijing dalam isu berkaitan Xinjiang, Hong Kong dan Tibet dan menolak campur tangan asing dalam urusan dalaman China.

Zhao berkata sepanjang mesyuarat Jawatankuasa Ketiga sesi ke-77 Perhimpunan Agung PBB (UNGA) pada Isnin, terdapat 30 negara berdiri teguh bersama China selain Cuba mewakili 66 negara lain mengeluarkan kenyataan mendukung pendirian China.

“Kesemua negara itu senada suara menyokong pendirian kami (China).

“Suara keadilan kembali bergema di podium PBB seperti yang pernah berlaku semasa sesi ke-51 Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva,” kata Zhao dalam taklimat harian di Beijing pada Selasa.

Beliau berkata dunia sudah jemu dengan sikap segelintir negara Barat dalam mempolitikkan isu hak asasi dan mengamalkan dwistandard.

“Usaha negara terbabit memburukkan, menindas dan mengekang China dengan mempergunakan isu Xinjiang, nescaya menemui kegagalan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here