ANKARA, Nov 7 — Eksport dan import China merosot di luar jangkaan buat kali pertama dalam tempoh lebih dua tahun pada Oktober.

Eksport susut 0.3 peratus tahun ke tahun, penurunan pertama sejak Mei 2020, menurut data dikeluarkan Pentadbiran Am Kastam pada Isnin, lapor Agensi Anadolu. 

Permintaan yang lemah dari luar negara disebabkan lonjakan inflasi serta risiko kemelesetan, menyumbang kepada kegagalannnya untuk memgekalkan anggaran 4.3 peratus sekali lagi selepas pertumbuhan kukuh pada 5.7 peratus pada September.

Import merosot buat kali pertama sejak Ogos 2020, turun 0.7 peratus berbanding tahun sebelumnya, disebabkan COVID-19 mengekang permintaan pelanggan dan menjejaskan operasi kilang.

Unjuran pasaran import adalah peningkatan sebanyak 0.1 peratus setahun pada Oktober.

Lebihan dagangan keseluruhan China berjumlah US$85.2 bilion pada Oktober, meningkat daripada US$84.54 bilion setahun lalu, namun  jauh di bawah unjuran US$95.95 bilion.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here