BALI, 17 Nov — Program pertukaran membabitkan kebajikan awam antara China dengan Indonesia diharap terus dirancakkan demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.

Harapan itu dizahirkan isteri Presiden China Xi Jinping, Peng Liyuan semasa mengadakan pertemuan dengan isteri Presiden Indonesia Joko Widodo, Iriana di sini, pada Rabu.

Selain menghargai jasa Iriana yang berkecimpung dalam kebajikan awam, beliau turut mendedahkan lebih banyak butiran mengenai dasar dan pencapaian China dalam merawat dan mencegah tuberkulosis (TB) dan HIV/AIDS.

Ketibaan isteri Presiden China itu diiringi persembahan gamelan. 

Iriana turut beramah mesra dan bergambar kenangan bersama Peng serta tetamu yang hadir pada majlis itu. 

Peng turut melawat pameran kraftangan dan pertunjukan seni budaya tradisional Indonesia dan tertarik dengan persembahan tarian Pendet oleh gadis tempatan yang lengkap berpakaian tradisional.

Pertemuan itu diakhiri dengan nyanyian lagu Indonesia Bengawan Solo dalam bahasa Cina oleh pelajar dari Institut Tourism Confucius, Universiti Udayana Bali.

Beliau turut beramah mesra dengan pelajar berkenaan dan berharap mereka terus tekun untuk menguasai bahasa Cina.

Peng mempelawa lebih ramai belia melawat dan mempelajari budaya China selain menggalakkan lebih ramai menjadi duta untuk memperkukuh lagi kerjasama China-Indonesia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here