JOHOR BAHRU, 16 Nov — Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menyediakan 43 buah bas bagi 1,600 pelajar pulang mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Sabtu ini.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar  UTM, Prof Dr Shamsul Sahibuddin berkata fasa pertama penghantaran adalah pada jam 9.30 malam ini yang melibatkan seramai 1,200 pelajar dan 35 buah bas, manakala 400 pelajar lagi dengan lapan buah bas pada jam 8 pagi esok.

Beliau berkata usaha itu adalah bagi membantu pelajar pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menunaikan tanggungjawab mengundi dan setiap pelajar hanya perlu membayar antara RM20 hingga RM50 mengikut lokasi dan negeri.

“Proses ini dikendalikan atas bantuan Majlis Perwakilan Pelajar,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here