KUALA LUMPUR, 19 Nov — Tiga presiden parti iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya mengekalkan status quo di kawasan Parlimen masing-masing pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Muhyiddin, yang juga Presiden Bersatu, menang di Pagoh manakala Presiden PAS Abdul Hadi di Marang dan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Syed Saddiq berjaya menewaskan lawannya di Muar. 

Pengerusi Pejuang Tun Dr Mahathir Mohamad pula gagal mempertahan kerusi Parlimen Langkawi.

Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli kembali ke Parlimen setelah berjaya mengekalkan penguasaan parti itu di kawasan Parlimen Pandan yang sebelum ini disandang oleh Pengerusi Penasihat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Selain itu, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) berjaya mempertahan kerusi Parlimen Arau.

Setakat 12.05 malam, Pakatan Harapan mendahului dengan 30 kerusi Parlimen, PN (29), Gabungan Parti Sarawak (20), BN (14), Gabungan Rakyat Sabah (empat) manakala Warisan dan Parti Bangsa Malaysia masing-masing satu kerusi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here