BATANG KALI, 22 Dis — Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga lagi mangsa yang hilang dan dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Fathers’ Organic Farm di Gohtong Jaya, di sini, hari  ini ditangguhkan sementara waktu.

Bercakap kepada Bernama Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Suffian Abdullah berkata ia ditangguhkan pada 2.30 petang tadi ekoran hujan lebat di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK).

Sementara itu, tinjauan Bernama di PKTK setakat 3.25 petang ini mendapati hujan masih berterusan dan kelihatan anjing-anjing unit K9 telah keluar dari kawasan SAR.

Setakat ini, tragedi berkenaan yang berlaku pada awal pagi Jumaat lepas telah meragut 30 nyawa, manakala 61 terselamat daripada keseluruhan 94 mangsa yang dilaporkan terlibat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here