BEIJING, 22 Dis — Sempena sambutan ulang tahun pertama perkhidmatan Kereta Api China-Laos pada Selasa, kedua-dua negara mengadakan aktiviti secara dalam dan luar talian.

Antara acara sambutan yang diadakan ialah tetamu khas berpeluang menaiki kereta api dari Kunming ke Mohan untuk menikmati pengalaman bagaimana kereta api itu beroperasi dan melawat pameran produk istimewa dari pelbagai tempat di sepanjang laluan kereta api berkenaan.

Sambutan dimeriahkan dengan perhimpunan rakyat di sempadan China-Laos 2022 bertemakan “Yunnan dan Vientiane Berwarna-warni” secara hibrid di beberapa tempat di China dan Laos.

Pada acara itu, Persatuan Persahabatan Provinsi Yunnan dengan Negara Luar dan Persatuan Persahabatan Laos-China turut menandatangani perjanjian kerjasama yang berkaitan.

Bandar Zhaotong, China dan provinsi Xieng Khouang, Laos menandatangani surat hasrat untuk menjadi bandar bersaudara, manakala Xishuangbanna, China dan provinsi Luang Prabang, Laos menandatangani memorandum persefahaman (MoU) mengenai pengukuhan pertukaran dan kerjasama.

Kereta Api China-Laos berlepas dari Kunming, China ke Vientiane, ibu kota Laos yang meliputi perjalanan seluas 1,035 kilometer.

Difahamkam, ia merupakan antara kereta api rentas sempadan pertama yang menggunakan piawaian China, dibina dan dikendalikan bersama China dan Laos, selain disambungkan terus ke rangkaian kereta api China.

Sejak dibuka dan beroperasi selama setahun, kereta api China-Laos telah menghantar 8.5 juta penumpang dan lebih 11 juta tan kargo.

Menurut laporan dikeluarkan Bank Dunia, dianggarkan menjelang 2030, perdagangan transit tahunan di sepanjang koridor kereta api China-Laos yang melalui Laos akan merekodkan 3.9 juta tan, dan kos pengangkutan antara Vientiane dan Kunming akan diturunkan sebanyak 40 peratus hingga 50 peratus.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here