KOTA KINABALU, 9 Jan — Bahagian Timur Sabah dijangka mengalami hujan yang berterusan apabila analisis model cuaca menunjukkan penumpuan angin dikawasan berkenaan sehingga Jumaat ini (13 Jan).

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan (tahap waspada) di Sabah berkuat kuasa sehingga 11 Jan, dan amaran angin kencang serta laut bergelora bagi perairan timur Sabah berkuat kuasa 11 hingga 14 Jan.

Sementara itu menurutnya fenomena garis badai yang membawa bersama hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di barat Semenanjung serta barat dan tengah Sarawak pada sebelah pagi.

Ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang juga dijangka berlaku di kawasan pedalaman dan timur Semenanjung serta barat Sabah pada sebelah petang hingga ke malam.

MetMalaysia menasihatkan orang awam supaya sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial, disamping memuat turun aplikasi myCuaca, bagi maklumat yang terkini dan sahih.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here