KUALA LUMPUR, 24 Jan — Kementerian Pendidikan (KPM) menjelaskan tiada isu diskriminasi terhadap pelajar  dalam program Bengkel Persediaan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) anjuran sebuah sekolah di  Johor Bahru, baru-baru ini

Justeru KPM, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan dakwaan menerusi hantaran Twitter kononnya wujud diksriminasi dalam bengkel anjuran Sekolah Menengah Kebangsaan  (SMK) Infant Jesus Convent, Johor Bahru, yang diadakan di Hotel Suasana, Johor Bharu  itu, adalah tidak benar.

Menurut kenyataan berkenaan, bengkel itu dilaksanakan dan diasingkan mengikut siri untuk mengelakkan gangguan terhadap calon yang sedang membuat persiapan bagi menyambut perayaan Tahun Baharu Cina.

KPM berkata pada 19 dan 20 Jan lalu. Bengkel Persediaan SPM untuk calon telah dilaksanakan dahulu di Hotel Suasana, Johor Bahru melibatkan 30 calon yang gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta melibatkan calon GALUS (gagal lulus) dalam beberapa mata pelajaran lain.

“KPM dimaklumkan bahawa bengkel susulan yang sama bagi calon lain juga telah dirancang untuk dilaksanakan pada 26 dan 27 Jan ini bertempat di hotel yang sama,” menurut kenyataan itu.

Menurut KPM, bengkel tersebut diadakan atas inisiatif Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Johor Bahru dengan kerjasama antara Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan serta Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) serta Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta (PIBKS).

KPM memohon kerjasama agar ibu bapa dan masyarakat terus menghubungi kementerian itu melalui platform rasmi sekiranya terdapat sebarang isu atau masalah terutamanya yang melibatkan murid-murid.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here