KUCHING, 11 Feb – Sarawak bakal menjalin kerjasama dengan Indonesia untuk membangunkan empangan hidroelektrik di Nusantara, yang merupakan ibu kota baharu negara itu.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata perkara itu masih di peringkat kajian.

“Ini membuktikan Sarawak berjaya melebarkan pengaruhnya dan menjalin kerjasama dengan negara-negara lain atas keyakinan mereka terhadap dasar kita,” katanya semasa berucap pada majlis apresiasi Gabungan Parti Sarawak sempena Pilihan Raya Umum ke-15 di sini malam ini.

Beliau berkata selain Indonesia, Sarawak akan memperkukuh kerjasama dengan negara jiran lain termasuk Brunei terutama dalam usaha menambah baik jaringan jalan raya.

“Untuk kerjasama dengan Singapura pula, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyokong usaha Sarawak untuk menjual tenaga elektrik kepada republik itu,” katanya. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here