MOSCOW, 13 Feb. – Presiden Isaac Herzog dalam ucapan tahunannya meminta  Israel menangguhkan cadangan pelaksanaan pembaharuan sistem kehakiman kerana ia dilihat boleh membawa negara itu “ke ambang keruntuhan perlembagaan dan masyarakat.”

Parlimen Israel (Knesset) dijadual mengundi pakej pembaharuan yang dicadangkan itu pada Isnin, lapor Sputnik.

Sebaliknya Herzog mencadangan lima prinsip untuk dipertimbangkan iaitu menangani isu kekurangan jumlah hakim, bilangan kes yang tinggi, beban mahkamah serta kehilangan kepercayaan orang ramai terhadap sistem kehakiman. 

Pada 4 Januari, Menteri Kehakiman Israel Yariv Levin mengumumkan pakej pembaharuan undang-undang yang antara lain akan mengehadkan kuasa Mahkamah Agung dengan memberikan kuasa kepada kabinet untuk memilih hakim baharu selain membenarkan Knesset mengetepikan keputusan mahkamah dengan keputusan mutlak.

Orang ramai mengkritik cadangan itu yang turut mencetuskan gelombang protes besar-besaran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here