BERLIN, 15 Feb – Pemain golf terkemuka Tiger Woods menegaskan bahawa keputusannya untuk kembali beraksi di Jelajah PGA minggu ini kerana yakin dengan kemampuan untuk merangkul kemenangan. 

Namun kesakitan pada buku lali telah memberi sedikit kebimbangan kepada pemain berusia 47 tahun itu ketika membuat persediaan untuk bersaing dalam kejohanan Genesis Invitational yang dikendalikan oleh yayasannya di Riviera Country Club di California.

Woods pernah terbabit dalam nahas jalan raya pada Februari 2021 dan juara 15 kali kejohanan utama tidak menafikan hakikat bahawa kariernya mungkin berakhir tidak lama lagi, lapor STATS Perform/dpa.

Namun, pemain itu tetap optimis berupaya untuk mempamerkan aksi yang terbaik dan berjalan mengelilingi padang tanpa memerlukan bugi. 

“Saya tidak akan sertai jika saya tidak yakin saya boleh menewaskan pemain lain dan memenangi acara itu.Saya yakin dapat keluar daripada keadaan yang sukar kerana sebelum ini saya telah berjaya mengharunginya,” kata Woods.

Kali terakhir Woods beraksi ialah di kejohanan The Open St Andrews Julai lalu. 

Beliau berharap dapat bermain di kejohanan Masters bulan April nanti yang boleh dianggap sebagai medan ujian kecergasan sebelum mempertimbangkan untuk menyertai Augusta.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here