ISTANBUL, 20 Feb – Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden melakukan lawatan mengejut ke Kyiv,Ukraine, pada Isnin, lapor Agensi Anadolu.

“Hari ini, di Kyiv, saya bertemu Presiden Zelenskyy dan pasukannya untuk perbincangan lanjut mengenai sokongan kami terhadap Ukraine,” kata Biden dalam kenyataan yang dikeluarkan Rumah Putih.

Biden akan mengumumkan satu lagi penghantaran peralatan kritikal termasuk peluru artileri, sistem antiperisai, dan radar pengawasan udara dan sekatan tambahan ke atas elit dan syarikat Rusia akhir minggu ini.

Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy menerusi akaun Telegramnya berkata: “lawatan itu sebagai tanda sokongan yang sangat penting untuk semua rakyat Ukraine.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here