GEORGE TOWN, 20 Feb – Usul pengosongan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang, akan dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang dijadual pada 6 Mac, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Beliau berkata usul itu akan dibentangkan untuk pengosongan kerusi DUN Sungai Acheh, Seberang Jaya, Bertam dan Telok Bahang.

Usul ini akan dibentangkan dengan tujuan pengosongan empat kerusi DUN, ekoran daripada keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap kesahihan perkara-perkara dalam perlembagaan negeri, yang melarang Ahli-Ahli DUN yang dipilih keluar daripada parti seperti mana yang ditetapkan dalam perlembagaan negeri.

Pada 2020, ADUN Sungai Acheh Zulkifli Ibrahim, Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya), Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam) dan Zolkifly Md Lazim (Telok Bahang), telah memfailkan writ saman terhadap DUN Pulau Pinang dan Speakernya, bagi mencabar usul yang dibentang pada Oktober 2020 agar mereka mengosongkan kerusi masing-masing dan pilihan raya kecil diadakan.

Namun pada 16 Dis 2022, Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menolak permohonan empat ADUN Pulau Pinang itu, untuk mendapatkan kebenaran bagi mencabar DUN berkenaan daripada meluluskan usul undang-undang antilompat parti.

Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang menyatakan bahawa seseorang ADUN hendaklah mengosongkan kerusinya jika telah dipilih sebagai calon parti politik, beliau meletak jawatan atau dipecat daripada parti atau telah dipilih selain sebagai calon parti politik, menyertai parti politik lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here