KUALA LUMPUR, 21 Feb – Istana Budaya mencatatkan penjualan kutipan tiket sebanyak RM6.144 juta hasil daripada 15 program dan 39 pementasan yang dipertontonkan sepanjang 2022.

Ketua Pengarah Istana Budaya Zubaidah Mukhtar berkata sepanjang tahun tersebut jumlah keseluruhan penonton adalah seramai 29,405 manakala nilai publisiti Istana Budaya berjaya mencecah sebanyak RM52 juta.

“Sebelum ini, Istana Budaya telah berjaya mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa menerusi penglibatan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) dan Artistana dalam beberapa program kesenian dan kebudayaan yang diadakan di negara-negara lain seperti Korea, India dan Vietnam.

“Antara pencapaian yang diraih adalah penerbitan video muzik Asia Traditional Orchestra (ATO) di Gwangju, Korea, Festival Muzik ASEAN-India di New Delhi, India dan Festival Muzik ASEAN-Vietnam di Hoi An, Viet Nam,” menurut satu kenyataan di sini, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here