KUALA LUMPUR, 21 Feb – Seramai 148 Ahli Parlimen selesai mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat yang berlangsung selama lima hari bermula 14 Feb lepas.

Sebelum menangguhkan sidang dewan kira-kira 11 malam, Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul mengucapkan syabas kepada semua Ahli Parlimen yang berbahas dengan baik dan berhemah serta menasihatkan mereka supaya hadir ke Dewan Rakyat bagi sesi jawapan menteri-menteri selama dua hari bermula esok.

Menurutnya 15 kementerian akan menjawab segala persoalan dibangkitkan Ahli-Ahli Parlimen pada esok manakala 13 kementerian lagi pada Khamis.

Persidangan dewan bersambung esok.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here