YALA (Thailand),  21 Feb – Seorang pembuat bom yang juga anggota militan yang aktif di selatan Thailand maut dalam insiden berbalas tembakan di Yala, selatan Thailand hari ini.

Lelaki yang berusia 42 tahun itu disyaki terlibat dalam satu serangan bom di Bannang Sata, Yala pada 17 Februari lalu di mana seorang pegawai polis maut manakala empat lagi cedera.

Insiden berbalas tembakan itu berlaku semasa rundingan damai konflik selatan Thailand yang sedang berlangsung di negara jiran Malaysia.  

Ketua Polis Daerah Than To, Pol. Kol. Thanapon Yaowapak berkata bertindak atas maklumat, pasukan keselamatan mengepung sebuah rumah dipercayai tempat lelaki itu bersembunyi di Kampung Mayo pada kira-kira pukul 4.30 pagi (waktu tempatan) hari ini. 

Beliau berkata pasukan keselamatan melalui ketua kampung dan imam telah memujuk lelaki itu menyerah diri tetapi usaha itu gagal. 

Namun, lelaki itu cuba melarikan diri dengan melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan. Insiden berbalas tembakan berlaku. 

Apabila keadaan reda, pasukan keselamatan menemukan mayat lelaki itu di luar rumah.

Polis mengesahkan lelaki itu merupakan anggota militan yang aktif di kawasan Than To dan Bannang Sata, Yala. Selain serangan bom pada minggu lepas, lelaki itu pernah terlibat dalam serangan bom di stesen minyak. 

Thanapon berkata polis turut menemui sepucuk pistol bersama lelaki itu. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here