JAKARTA, 21 Feb – Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hassan menemui rakan sejawatnya dari Indonesia Prabowo Subianto di kompleks bangunan Kementerian Pertahanan di sini pada Selasa.

Kedua-dua menteri membincangkan kerjasama dua hala dalam pelbagai aspek yang dianggap sebagai ‘produktif’ oleh Kementerian Pertahanan Malaysia.

“Hubungan pertahanan antara Malaysia dan Indonesia telah menyaksikan kemajuan cemerlang menerusi Jawatankuasa Am Sempadan yang ditubuhkan pada 1972, terutama antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Tentera Nasional Indonesia (TNI),” menurut kenyataan itu.

Kerjasama dua hala meliputi kerjasama sempadan, industri pertahanan dan aktiviti ketenteraan terutama eksesais serta latihan dan pertukaran anggota.

Selain itu, hubungan turut diperkukuh melalui inisiatif subrantau menerusi Rondaan Selat Melaka (MSP) dan Peraturan Kerjasama Tiga Pihak (TCA).

“Kedua-dua menteri yakin bahawa kerjasama padu antara kedua-dua negara akan memastikan pelaksanaan berkesan semua aktiviti akan datang,” menurut kementerian itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here