HOHHOT (Mongolia), 23 Feb – Kejadian tanah runtuh membantutkan usaha mencari dan menyelamat 53 mangsa yang masih tertimbus akibat lombong arang batu runtuh di wilayah autonomi Mongolia, lapor Xinhua.

Kejadian tanah runtuh itu dilaporkan berlaku di lokasi kejadian kira-kira jam enam petang Rabu, menurut ibu pejabat penyelamat.

Lombong arang batu di Alxa Left Banner dilaporkan runtuh pada Rabu, meragut dua nyawa, mengakibatkan enam cedera manakala 53 lagi yang hilang.

Setakat pagi Khamis, lebih 900 orang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here