KUALA LUMPUR, 23 Feb – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat menghadiri hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-261 di Istana Negara, hari ini.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Mesyuarat selama dua hari bermula semalam itu berlangsung selepas kali terakhir diadakan pada 29 dan 30 Nov lepas yang dipengerusikan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Turut berangkat ke mesyuarat itu Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Tuanku Muhriz dan Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Perlis diwakili Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Kelantan diwakili Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here