KUALA LUMPUR, 23 Feb - Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) pagi ini meninggal dunia pada usia 80 tahun ketika menerima rawatan di Hospital Selayang Kuala Lumpur.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.27 pagi, 23 Februari 2023, bersamaan 2 Syaaban 144H akibat komplikasi selepas pembedahan. Jenazah dibawa ke Surau Al-Mawaddah, Mutiara Bangi untuk dimandi dan dikafankan pada jam 8.00 pagi sebelum solat jenazah pada jam 11.00 pagi. Jenazah akan disemadikan di tanah perkuburan Islam Bandar Baru bangi di Sungai Tangkas,Bangi. Prof. Emeritus Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan dilantik sebagai Pengerusi IKIM pada 24 Februari 2022.

Prof Emeritus Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan merupakan seorang tokoh pemikir Islam yang memberikan sumbangan besar kepada dunia akademik, penyelidikan, pendidikan serta pembangunan modal insan. Dilahirkan pada tahun 1942 di Pasir Mas, Kelantan, mendapat Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam di Universiti Malaya pada tahun 1965 dan kemudiannya menyambung pengajian di peringkat Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah dari Columbia University, New York pada tahun 1975.

Keilmuan serta ketokohan beliau diiktiraf sehingga ke peringkat antarabangsa. Allahyarham pernah diamanahkan sebagai Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 1999 sehingga 2006. Beliau turut berperanan sebagai Pengerusi, Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI), sebuah lembaga yang ditubuhkan dengan perkenan Majlis Raja-Raja.

INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM)
23 FEBRUARI 2023

SUMBER: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Pn. Hajah Nik Hasnah binti Ismail
Tel: 016-2195345
E-mel: nikhasnah@ikim.gov.my

Nama: Cik Nor Zuliana binti Mohd Zaman
Tel:  019-5622221
E-mel: zuliana@ikim.gov.my

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here