HONG KONG, 28 Feb – John Lee, ketua eksekutif Hong Kong pada Isnin mengumumkan mandat pemakaian pelitup muka di Hong Kong ditamatkan mulai 1 Mac.

Lee memberitahu taklimat akhbar sebelum mesyuarat majlis eksekutif bahawa keputusan itu diambil berdasarkan beberapa pertimbangan.

Ia termasuk data yang menunjukkan keadaan wabak yang terkawal, pelaksanaan penghalang antiwabak yang komprehensif selain tiada penularan wabak berlaku di hospital dan sekolah.

Mulai Rabu, orang ramai tidak lagi perlu memakai pelitup muka di luar dan di dalam rumah serta dalam pengangkutan awam, namun orang ramai perlu memakainya di tempat berisiko tinggi seperti hospital dan pusat penjagaan, kata Lee.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here