PUTRAJAYA, 28 Feb – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah, yang berada di negara ini sempena lawatan kerja tiga hari bermula Ahad, di Perdana Putra.

Anwar dan Tawfiq mengadakan pertemuan kira-kira satu jam di Pejabat Perdana Menteri, yang turut disertai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Semalam, Mohd Na’im dalam pertemuannya bersama Tawfiq telah menyampaikan hasrat Malaysia kepada Arab Saudi untuk mendapatkan tambahan kuota haji kepada 31,950 pada tahun hadapan, selaras dengan pertambahan jumlah penduduk negara.

Kuota haji untuk jemaah Malaysia bagi musim haji tahun ini ialah 31,600.

Tawfiq dalam lawatan kerja ke Malaysia turut menerima penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) semalam, atas sumbangan besar beliau dalam penyelarasan haji dan umrah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here