WASHINGTON, 6 Mac — Syarikat pembuat coklat Toblerone tidak akan menggunakan lagi imej puncak gunung Matterhorn sebagai logo pada bungkusan produk itu.

Menurut syarikat yang dimiliki oleh syarikat Amerika Syarikat (AS) Mondelez itu, pembungkusan Toblerone akan dikemas kini selari dengan keputusan untuk memindahkan beberapa pengeluaran luar daripada Switzerland yang mempunyai peraturan ketat mengenai penggunaan simbol negara, lapor United Press International (UPI).

Imej Matterhorn mula diperkenalkan pada tahun 1970.

“Reka bentuk baharu pembungkusan akan dimodenkan dan diperkemas sejajar dengan estetik geometri dan segi tiga,” menurut seorang jurucakap Mondelez.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here