BEIJING, 9 Mac – Jabatan Pentadbiran Imigresen Kebangsaan (NIA) China memaklumkan jumlah aliran rentas sempadan di seluruh negara mencecah 39.72 juta setakat Selasa, iaitu genap dua bulan sejak tahap pengurusan wabak COVID-19 diturunkan kepada Kelas B.

NIA memberitahu bahawa angka itu mencatat peningkatan sebanyak 112.4 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Pada masa sama, jumlah kenderaan pengangkutan yang bergerak melalui pintu keluar masuk sempadan direkodkan mencecah 2.48 juta, meningkat 59.3 peratus.

Pada 25 Februari sahaja, dilaporkan seramai 1.013 juta orang pengembara keluar masuk sempadan, buat pertama kali melepasi paras satu juta sejak tahun 2020.

Buat masa ini, pihak imigresen turut mengeluarkan sebanyak 3.36 juta pasport biasa selain 122,000 visa dan permit tinggal untuk warga asing.

Jurucakap NIA, Lin Yongsheng berkata aliran pengembaraan dan permohonan dokumen perjalanan rentas sempadan meningkat dengan ketara berikutan pelarasan respons terhadap wabak COVID-19.

“NIA akan terus mengoptimumkan langkah dan perkhidmatan berkaitan bagi mempermudah serta merancakkan pergerakan rentas sempadan, di samping menjamin keselamatan di pintu keluar masuk,” kata beliau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here