PASIR GUDANG, 11 Mac – Seorang wanita maut selepas melecur dalam kebakaran yang memusnahkan lapan kediaman di Kampung Pertanian, Masai, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Kampung Baru Masai, Indera Putra Ibrahim, berkata wanita berumur 33 tahun yang hanya dikenali sebagai Rahmaniyah atau dipanggil Suriz, adalah antara 27 mangsa insiden berkenaan.

“Mangsa melecur akibat kejadian itu sebelum meninggal dunia. Seorang ahli keluarganya yang juga lelaki dewasa berusia 43 tahun turut melecur dan mendapat rawatan di hospital tetapi difahamkan, sudah dibenarkan pulang.

“Pada awalnya, semua mangsa kebakaran itu ditempatkan di Balai Raya Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Pertanian.

“Bagaimanapun, kami bersyukur apabila seorang ahli perniagaan tampil menawarkan tempat tinggal sementara kepada mangsa sehingga mereka berjaya mencari rumah sewa lain,” katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here