JAKARTA, 12 Mac – Angka korban tanah runtuh di wilayah kepulauan Riau meningkat kepada 44 orang pada Sabtu dan gerakan mencari 11 lagi yang masih hilang, diteruskan, kata seorang pegawai.

“Daripada 44 mayat yang ditemui, 43 mayat sudah dikenal pasti,” kata ketua unit operasi pengurusan bencana dan agensi mitigasi Natuna Regency di mana bencana berlaku pada Isnin, Raja Darmika, lapor Xinhua.

Katanya, operasi menyelamat membabitkan jentera berat dan kakitangn daripada pejabat mencari dan menyelamat tempatan, agensi mitigasi dan pengurusan bencana tempatan, juga anggota keselamatan dan polis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here