KUALA LUMPUR, 12 Mac – Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU bersetuju mengekalkan kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai presiden parti itu.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, yang diputuskan menerusi mesyuarat khas MPT BERSATU.

“MPT sebulat suara menolak peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden BERSATU.

“Ini kerana MPT menegaskan bahawa pertuduhan ke atas Muhyiddin dibuat atas jawatan beliau sebagai Presiden BERSATU dan bukannya pertuduhan atas kapasiti peribadi,” katanya yang memaklumkan mesyuarat khas itu dipengerusikan Muhyiddin.

Terdahulu, Ketua ARMADA BERSATU, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, memaklumkan kedudukan Muhyiddin yang kini berdepan enam pertuduhan mahkamah membabitkan kes rasuah dan pengubahan wang haram akan dibincang serta diputuskan MPT parti itu pada mesyuarat berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here