KUALA LUMPUR, 14 Mac – Seorang ahli perniagaan dikenali sebagai ‘Datuk Roy’ direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan program Jana Wibawa.

Peguam Fahmi Abd Moin yang mewakili lelaki itu berkata perintah reman tersebut dikeluarkan Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim selepas membenarkan permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

“Siasatan adalah mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 iaitu menerima rasuah,” kata peguam itu.

Menurut Fahmi anak guamnya menyerah diri di pejabat SPRM Kuala Lumpur pada 2.30 petang, sebelum ditahan pada 3 petang, semalam.

‘Datuk Roy’, 54, yang memakai baju lokap SPRM berwarna oren tiba di mahkamah kira-kira 10.30 pagi diiringi beberapa pegawai SPRM.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here