KUALA LUMPUR, 14 Mac – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan melaksanakan program kelas renang yang bersifat pendidikan sukan di beberapa negeri terpilih dalam usaha memastikan kemahiran renang dapat diterapkan dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya kanak-kanak.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata program itu dijangka dilancarkan bulan ini yang akan memberi faedah kepada 1,600 kanak-kanak berumur antara tiga hingga 12 tahun yang terdiri dalam kalangan keluarga B40.

“Program berkenaan akan dilaksanakan sepanjang tahun di negeri yang mencatatkan kadar kematian tinggi akibat lemas. Berdasarkan data sedia ada, kira-kira 500 kes lemas melibatkan kanak-kanak dilaporkan setiap tahun.

“Oleh sebab itu, saya meminta KBS untuk memastikan infrastruktur… kolam renang yang dimiliki oleh kerajaan kita akan guna untuk membantu golongan B40 menghadiri kes secara percuma,” katanya.

Dengan langkah itu, kes lemas semasa cuti sekolah dapat elak serta dikurangkan dan kementerian sedang meneliti kawasan yang dipilih nanti mempunyai data yang tinggi menunjukkan kanak-kanak di kawasan itu tiada tempat untuk rekreasi atau bermain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here