PUTRAJAYA, 15 Mac – Malaysia dan United Kingdom (UK) mahu meningkatkan hubungan dua hala selain meneroka ruang kerjasama strategik dalam pelbagai bidang seperti keselamatan, perdagangan dan pelaburan, teknologi hijau serta ekonomi digital.

Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang kini dalam lawatan kerja ke UK berkata perkara ini telah dibincangkan semasa pertemuannya dengan Setiausaha Luar Negeri, Komanwel dan Hal Ehwal Pembangunan United Kingdom, James Cleverly.

“Kami turut sama membincangkan isu-isu serantau dan antarabangsa yang melibatkan kepentingan bersama,” katanya.

Beliau juga sempat mengetengahkan isu minyak sawit yang merupakan antara export penting negara selain isu keselamatan serta keselamatan rantau Indo-Pasifik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here