BEIJING, 18 Mac – Kerjasama antara perusahaan Malaysia dan China membabitkan perkhidmatan pengangkutan rel-laut akan meningkatkan kecekapan sektor logistik rentas sempadan di Malaysia secara berkesan.

Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke Siew Fook menyatakan program kerjasama berkenaan akan membawa pelan perkhidmatan yang komprehensif, cekap dan boleh dipercayai dengan menyepadukan pengangkutan maritim dan rel.

“Ia akan membantu mengurangkan kos logisitik dan menjimatkan masa pengangkutan,” ujar beliau.

Pengurus Besar COSCO SHIPPING Lines (Malaysia), Song Mingzhi memaklumkan kerjasama pengangkutan kali ini meliputi kawasan utama Malaysia Barat dengan menghubungkan 579 pelabuhan dari kira-kira 140 negara dan wilayah di seluruh dunia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here