KUCHING, 19 Mac – Sebanyak 23 Pusat Ekonomi Digital (PEDi) baharu akan dibuka di Sarawak tahun ini bagi menggalakkan dan meningkatkan tahap celik Internet dalam kalangan rakyat.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata pada masa ini Sarawak mempunyai sejumlah 133 PEDi di seluruh negeri.

Beliau berkata penubuhan pusat berkenaan juga sebahagian daripada rancangan besar kerajaan untuk mempunyai sekurang-kurangnya satu pusat Internet di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara.

“Menerusi PEDi kita boleh mengajar terutamanya penduduk luar bandar bagaimana mereka boleh menggunakan Internet dan menjadi sebahagian daripada ekonomi digital.

“Menjadi matlamat kementerian saya juga bahawa menjelang 2025 ekonomi digital boleh menyumbang sekurang-kurangnya 25.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here