KUALA LUMPUR, 10 April – Peratus capaian rangkaian 5G di Malaysia setakat penghujung Mac lepas telah mencapai 55 peratus, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Beliau berkata ia adalah perkembangan positif dan menunjukkan kerajaan berada pada landasan tepat dalam memastikan sasaran 80 peratus kawasan berpenduduk mendapat liputan rangkaian 5G sebelum akhir tahun ini, dapat dicapai.

“Kita ada lebih kurang 25 peratus untuk kita mencapai 80 peratus capaian rangkaian 5G bagi kawasan yang berpenduduk menjelang hujung 2023. Yang penting kita ingin pastikan pelaksanaan ini tidak tergendala.

“Dalam perbincangan dengan syarikat-syarikat telekomunikasi, ada beberapa pertimbangan yang telah diberikan tentang apa yang boleh kita lakukan untuk mempercepatkan proses itu,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here