KUALA LUMPUR, 26 April – Anak syarikat 51 peratus milik Advancecon Holdings Bhd, Spring Energy Sdn Bhd telah dilantik oleh China Communications Construction Sdn Bhd sebagai subkontraktor untuk tugasan bernilai RM11.54 juta.

Tugasan tersebut adalah bagi membina dan menyiapkan kerja-kerja tanah subgred di Stesen Depoh KPC dan Kawasan OCC, Seksyen 5.

“Tempoh subkontrak itu bermula pada 29 April 2023 dan dijangka selesai pada September tahun ini,” menurut Advancecon.

Spring Energy terlibat terutamanya dalam perniagaan operator kuari dan kontraktor bagi kerja-kerja kejuruteraan awam.

Kumpulan itu berhasrat untuk membiayai subkontrak tersebut menerusi penjanaan dana dalaman dan/atau pinjaman luaran.

Tanpa mengambil kira sebarang perkara luar jangka, subkontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan Advancecon Group pada masa akan datang dalam tempoh subkontrak berkenaan dan tidak akan memberi kesan kepada modal saham dan pegangan saham pemegang saham yang besar dalam kumpulan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here