MELAKA, 29 April – Kerajaan negeri Melaka menggalakkan orang ramai memakai pelitup muka di tempat awam termasuk di sekolah, terutama membabitkan mereka yang bergejala COVID-19 seperti saranan Kementerian Kesihatan (KKM).

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Ngwe Hee Sem berkata berkata langkah itu sebagai salah satu usaha untuk mengekang penularan COVI9-19 di negeri itu walaupun kes harian wabak berkenaan dilaporkan semakin berkurang.

“Melaka akan mengikuti saranan, garis panduan atau prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan atau dikeluarkan KKM sekiranya ada, dan setakat ini pemakaian pelitup muka di tempat awam hanya disarankan, bukan diwajibkan.

“Namun sekiranya dalam masa terdekat, pemakaian pelitup muka diwajibkan, maka kita akan mengikuti SOP itu,” katanya.

KKM sebelum ini mengesyorkan pemakaian pelitup muka dilaksanakan semula di semua sekolah berikutan kebimbangan peningkatan kembali kes COVID-19, selain penularan varian baharu dikenali sebagai XBB.1.16 atau Arcturus.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here