BEIJING, 10 Mei – Kempen tindakan media sempena “China Brand Day” pada 10 Mei yang dianjuarkan oleh Kumpulan Media China (CMG) dilancarkan di Beijing pada Selasa.

Tema kempen tahun ini ialah “Projek Kuasa Jenama: Membina Jambatan Bersama dan Mendorong Pembangunan Berkualiti Tinggi”.

Presiden CMG, Shen Haixiong ketika berucap merasmikan kempen itu menyatakan bahawa Presiden China Xi Jinping memberi perhatian tinggi terhadap pembangunan jenama China, dan beliau sendiri telah memimpin pembinaan jenama China melakar kejayaan cemerlang.

Shen menyatakan, sebagai tingkap paparan yang paling penting serta penyebar yang paling berpengarah bagi jenama China, CMG akan memanfaatkan sumber media di dalam dan luar negara, serta kelebihannya dalam komunikasi bersepadu untuk membina platform untuk menceritakan kisah jenama China dan meningkatkan nilai jenama China. CMG akan terus membantu jenama China untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan kebangkitan nusa dan bangsa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here