YAOUNDE, 15 Mei – Kementerian Kesihatan Awam Cameroon pada Ahad berkata kes campak di negara itu meningkat kepada 4,677 dengan 18 kematian direkodkan.

“Situasi epidemiologi campak semakin membimbangkan dengan liputan vaksin yang tidak mencukupi sejak beberapa tahun kebelakangan ini menyebabkan sebilangan besar kanak-kanak tidak divaksinasi…”

Menurut kementerian itu kempen vaksinasi kebangsaan terhadap campak dan rubella akan dianjurkan dari 28 Jun hingga 2 Julai bagi mengekang penularan penyakit itu.

Tanda dan simptom termasuk demam, ruam, batuk, mata merah dan hidung berair, kata pegawai, sambil memberi amaran bahawa komplikasi campak adalah teruk pada kanak-kanak yang kurang zat makanan dan bayi di bawah umur dua tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here