GEORGE TOWN, 19 Mei – Pulau Pinang kekal dengan perancangan asal untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jun ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN), menurut Ketua Menteri Chow Kon Yeow. 

Chow yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang berkata sepertimana perancangan asal, DUN Pulau Pinang akan dibubar sama ada minggu ketiga atau minggu keempat Jun. 

Sebelum ini, katanya selain Pulau Pinang, lima lagi negeri iaitu Selangor, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan telah setuju membubarkan DUN pada dua minggu terakhir bulan Jun. 

“Setiap negeri mempunyai pertimbangan masing-masing dan bergantung kepada acara kerajaan masing-masing,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here