SINGAPURA, 23 Mei – Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong diuji positif COVID-19 buat kali pertama sejak wabak itu melanda pada 2020.

“Saya diuji positif COVID-19 buat kali pertama pagi ini. Ia berlaku selepas lawatan kerja saya baru-baru ini,” kata Lee.

Lee, 71, minggu lalu berada di Cape Town, Afrika Selatan dan Nairobi, Kenya untuk lawatan rasmi.

“Saya secara amnya berasa ok namun doktor menasihatkan saya untuk menjalani kuarantin kendiri sehingga saya tidak menunjukkan gejala. Mereka juga telah memberi saya Paxlovid, ubat antivirus, kerana umur saya,” tulis Lee lagi.

Lee memaklumkan “dos penggalak vaksin COVID-19 terbarunya adalah pada bulan November.”

“Sila pastikan vaksinasi anda dikemas kini, kerana ia mengurangkan risiko penyakit yang teruk. Memandangkan COVID-19 kekal endemik di Singapura, kita mesti terus kekal selamat dan sihat,” tambah Lee.

Lee dalam kemas kini status Facebook juga menyertakan keputusan ‘positif’ dari kit ujian COVID-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here