KUALA LUMPUR, 12 Jun – Kementerian Kewangan (MOF) mempelawa orang awam untuk memberi pandangan serta input berkaitan langkah-langkah bagi mengembangkan ekonomi negara selain memainkan peranan aktif bagi membentuk landskap ekonomi tersebut.

Pandangan tersebut akan menjadi panduan penting bagi kerajaan dalam merangka dasar serta keutamaan untuk memacau pertumbuhan ekonomi negara ini, kata kementerian itu dalam kenyataannya hari ini.

“Ia akan dihuraikan dengan lebih lanjut dalam Pelan Induk Perindustrian (Ogos 2023), Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (September 2023) dan Belanjawan 2024 (Oktober 2023),” katanya.

Sehubungan itu, MOF berkata orang awam boleh berkongsi maklum balas mengenai pelbagai topik seperti ekonomi, subsidi dan perlindungan sosial melalui saluran maklum balas secara dalam talian iaitu Suarakan Pendapat Anda mulai hari ini di www.mof.gov.my.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here