SHANGHAI, 12 Jun — Ekspo Neutral Karbon Antarabangsa Shanghai edisi pertama membuka tirainya di Pusat Pameran dan Konvensyen Nasional di sini pada Ahad.

Ekspo anjuran Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara dan kerajaan  tempatan bandar raya Shanghai itu akan berlangsung selama empat hari.

Bertemakan “Ke Arah Neutral Karbon”, eskpo itu akan mengetengahkan pameran teknologi, produk dan hasil dalam bidang penjimatan tenaga dan karbon rendah, membina platform pertukaran dan kerjasama kepada pelbagai pihak, serta mempopularkan penggunaan teknologi berkaitan neutral karbon, mendorong pembangunan perindustrian baharu dan menyumbang kepada transformasi pembangunan sosioekonomi ke arah karbon rendah.

Ekspo itu menyediakan ruang pameran seluas 100,000 meter persegi, terdiri daripada pameran tema, siri forum dan perundingan perdagangan.

Bakal disertai lebih 600 syarikat terkenal dari dalam dan luar negara, ekspo itu dijangka menerima kunjungan lebih 100,000 pengunjung profesional.

Pada majlis perasmian, 10 syarikat yang menjadi contoh dalam sektor karbon rendah, serta Perisytiharan Inisiatif Karbon Rendah Shanghai telah diumumkan. 

Perisytiharan itu turut mencadangkan 11 Jun, iaitu Tarikh perasmian ekspo kali ini, ditetapkan sebagai Hari Karbon Rendah dunia.

Ekspo itu, menjadi platform bagi berkongsi pengalaman dan kepintaran dalam pembangunan karbon rendah, mendorong pertukaran dan kerjasama antarabangsa serta mewujudkan sasaran neutral karbon.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here