KUALA LUMPUR, 15 Jun – Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) sedang berusaha menjadikan Garis Panduan Pengurusan Keselamatan Empangan di Malaysia (MyDams) sebagai keperluan wajib dalam pengurusan keselamatan empangan di seluruh negara.

“Kita berharap garis panduan ini diguna pakai sepenuhnya dalam pengurusan keselamatan empangan,” kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.

MyDams yang telah dilaksanakan sejak September 2017 membolehkan pengurusan keselamatan kesemua 104 empangan dijalankan secara sistematik setanding dengan pengurusan empangan di peringkat antarabangsa.

Sementara itu, Nik Nazmi berkata setiap sektor dan individu harus bekerjasama untuk mengekalkan aset infrastruktur memandangkan aset air dan pembentungan adalah penting sebagai perkhidmatan awam dan pembinaan negara.

Justeru, beliau berkata adalah menjadi tanggungjawab penjaga aset untuk menyediakan penyelenggaraan dan penjagaan diperlukan sebagai sebahagian daripada komitmen persekitaran dan tadbir urus sosial (ESG) mereka untuk meminimumkan risiko kegagalan struktur selain memastikan keselamatan awam. 

Persidangan dan Pameran Air Kebangsaan 2023 bertemakan Strategic Asset Management for Water and Wastewater Utilities merupakan platform untuk penglibatan dan interaksi dalam kalangan penggubal dasar, pelaksana dan pengendali serta pemain industri air, badan bukan kerajaan serta pengguna.

Persidangan dua hari anjuran Persatuan Air Malaysia (WMA) dan Indah Water Konsortium Sdn Bhd bertujuan meneroka masalah, trend juga amalan murni bersama teknologi baharu dalam arena pengurusan aste kemudahan bagi utiliti air di Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here