KOTA BHARU, 25 Jun – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan bertindak lebih tegas terhadap penyebaran fitnah termasuk di media sosial terutamanya ketika menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata bagi mengekang perkara berkenaan pihaknya turut mengadakan pertemuan dengan penyedia perkhidmatan media sosial termasuk Telegram dan TikTok.

“Kita telah mengadakan pertemuan dengan TikTok pada hujung tahun lalu dan awal tahun ini selain pertemuan dengan pihak Telegram baru-baru ini (19 Jun). Alhamdulillah kerjasama dengan penyedia perkhidmatan media sosial setakat ini sangat baik.

“Selain itu, kita juga melihat ada keperluan untuk melakukan pertemuan dengan Meta. Kerjasama yang baik antara Polis Diraja Malaysia (PDRM), MCMC serta penyedia platform perkhidmatan media sosial amat penting bukan sahaja untuk mengekang fitnah tetapi untuk memastikan ia tidak disalah guna,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri program Pra Pelancaran Komuniti MADANI Peringkat Negeri Kelantan di Dewan WAWA, Jalan Kelonchor di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital Datuk Mohamad Fauzi Md Isa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here