MINA, 27 Jun – Seramai 1,659,837 jemaah telah memasuki Arab Saudi melalui pelabuhan udara, darat dan laut untuk musim haji tahun ini setakat Ahad, menurut Direktorat Am Pasport Arab Saudi.

Daripada jumlah itu, seramai 1,592,199 jemaah tiba melalui lapangan terbang, termasuk 242,272  penerima “Makkah Route Initiative,”.

Jumlah ketibaan melalui pelabuhan darat pula seramai 60,807 jemaah, manakala 6,831 jemaah tiba melalui pelabuhan laut.

Pihak direktorat komited untuk menggunakan semua keupayaan yang ada untuk memudahkan prosedur kemasukan jemaah haji.

Ini termasuk melengkapkan platform di pelabuhan udara, darat dan laut antarabangsa dengan peranti teknologi terkini dan dikendalikan oleh kakitangan berkelayakan yang mahir dalam pelbagai bahasa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here